Trip to Janda Baik

From Kerteh

1 keluarga abg, kakak ipar, 3 anak buah dan aku adalah member yg sama untuk trip to Janda Baik. This is already our second times going there. We did went there on 2019 and this year marks the second time. From Kerteh to Janda Baik is almost 4 hours trip. Bertolak dari pukul 4.30 petang dan sampai 8.30 malam. Kalau tahun lepas kita gerak awal sikit so petang tu dh sampai ke sana. This year gerak lambat sikit la sbb tggu aku balik keje dlu😆. Sepanjang perjalanan cerah, mendung dan hujan lebat dan cerah balik. This is our first trip during CMCO actually.

At Kg Janda Baik

Sampai sini dah malam kali ni. So, we stop beli barang-barang dan makanan sikit untuk isi perut yang tengah kelaparan😅. Sampai malam dah dekat penginapan kami di Ayda Adam's Homestay ditemani bunyi-bunyi cengkerik dan serangga lain. Homestay yang kami pilih ni adalah homestay yang sama dengan tahun lepas. Kenapa pilih homestay ni? Bilik yang kami ambil ni luas, ada 2 katil ( 1 single, 1 queen), ada beranda dan paling teruja sangat sebab bilik tu betul-betul dekat sungai. Sangat menenangkanlah malam-malam bunyi air sungai dari dalam rumah. Dekat janda baik ni pun dah cukup sejuk sama macam Cameron Highland🥶Malam ni, we had a simple dish, nasi goreng, bihun goreng, sosej bakar, daging kambing bakar dan jugak ayam bakar. Yang goreng-goreng tu makanan yang kitorang beli tadi. Yang bakar-bakar tu semuanya bakar sendiri. Dah malam so tak elok sangat nak mandi sungai walaupun dalam hati dah teruja sangat nak mandi. So malam tu mandi dalam bilik air je dlu ye.

The next morning, bangun solat subuh, baca buku sikit, tidur kejap and then makan pagi. Makan pagi kami simple jugak roti, air milo, kuih dan nasi bungkus. Dah siap makan baru masuk sungai untuk mandi. Ketar jugak first masuk dalam sungai tu sbb sejuk sangat. Dah lama-lama sikit baru okay siap boleh belajar berenang lagi walaupun tak pandai nak berenang. Air diwaktu pagi tu adalah paras paha je so selamat la untuk anak-anak mandi tapi air laju sangat sbb malam sebelum tu hujan turun so air bukit turun laju sangat sampai pelampung Imran dilarikan air. Sapa yang dapat pelampung tu bertuahla ye.

Lps makan kita mengoden pulak. Buat la oden ala² camptrip gitu. Usaha la cari kayu, hidupkan api dan masukkan bahan-bahan oden yang sgt senang tu. 1 pek serbuk asam laksa adabi, 1 pek serbuk kari adabi, and bahan steamboat, fishball, prawnball, surimi, sosej dannnn siap. Lepastu makan sama² sampai habis. Siap makan sambung mandi sungai pulak sampai ke zohor. Penat tu takdela sangat sbb mmg aim prgi ke Janda Baik untuk healing process after penat bekerja.

Petang makan dan mandi lgi. Dekat maghrib tu stay dalam bilik je memandangkan hujan turun lebat sampai ke tengah malam. Pgi esoknya budak² turun mandi for the last time. Sebelum tengahari kita check out and balik ke Kerteh.

Temerloh

On the way balik ke Kerteh kita singgah dkt Temerloh dulu pekena ikan patin. Kedai yg kami singgah ni kalau tak silap nama dia Patin Raja Kancil. Walaupun aku bukan sejenis yg makan ikan patin tapi kalau kuah gulai ikan patin tu boleh lgi nak rasa. Kuah dia mmg A la aku bagi. Tapi ikan tu bagi member lain la makan😄. Settle makan ikan patin gerak balik la apa lagi. Masuk highway LPT dan singgah lagi solat jamak dkt RNR Temerloh sambil beli buah berangan bakar. Mmg superlicious jugak ye. Lepas tu bergerak balik yang xde henti-henti lagi dah dan sampailah dekat Kerteh. 

**Trip kali ni simple sikit berbanding trip Janda Baik yang tahun lepas sbb tak ramai ahli yang boleh join. 

Itu saja, sekian Ann Hera

Comments